Rasuah | Isa Samad dihukum penjara 6 tahun, denda RM15.45 juta

2022-03-22 0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 54 tahun dan denda RM15.45 juta terhadap bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.